Syeikh Umar bin Sulaiman Al-Asyqar adalah seorang ulama yang sangat disegani oleh pelbagai kalangan organisasi dan perkumpulan. Sebagaimana dikutip dari Ikhwanwiki.com, beliau dianggap sebagai simbol keilmuan Jamaah Ikhwanul Muslimin di Jordan.
- Syeikh Umar ketika kecil lahir pada tahun 1940 M di Nablus, Wilayah Palestin. Abang beliau yang bernama Syeikh Muhammad adalah seorang sarjana undang-undang syariah yang disegani. Syeikh Muhammad Sulaiman Al-Asyqar ini adalah penulis kitab tafsir Zubdat At Tafsir yang merupakan rangkumaan dari kitab tafsir Imam Asy Syaukani.
- Dalam bidang aqidah, beliau berjalan di atas aqidah salafush soleh. Beliau juga dianggap sebagai salah seorang tokoh yang gigih menyeru kepada aqidah salafush soleh, terutamanya Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah. Dalam hal ini, beliau sependapat dengan Syeikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani dan Syeikh Zuhair Asy Syawis. Namun begitu, beliau berdiri sebagai murid di hadapan Syeikh Al-Albani.